Friday, 19 February 2016

bantuan sewa rumah



Bantuan Sewa Rumah PPKB 2015 yang disampaikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Lipis kepada penerima bantuan. Antara penerima bantuan tersebut adalah K.Kumaran A/L K.Kuppan, Razak Bin Sitam dan Rosdi Bin Yaacob.

Karnival masakan tradisional lipis 2016

 KARNIVAL MASAKAN TRADISONAL LIPIS 2016

Tarikh     :       13 & 14 Februari 2016 (Sabtu/Ahad)
Masa     :       9.00 pagi
  Tempat :        Perkarangan Dewan Residen, Kuala Lipis

 
 
Pelbagai kategori pertandingan dipertandingkan sepanjang 2 hari iaitu , ketoreri laui/pauk,
kuih/muih, dan IPTA/IPTS.
 
Peserta berpeluang untuk merebut hadiah dalam bentuk wang tunai seperti berikut :-
Tempat Pertama                                - RM300.00
Tempat Kedua                                   - RM200.00
Tempat Ketiga                                   - RM100.00
Tempat Keempat- sepuluh               - RM30.00




Thursday, 19 November 2015

TANDAS AWAM BERSIH 1 MALAYSIA 2015

ALHAMDULILLAH MAJLIS DAERAH LIPIS TELAH MEMENANGI ANUGERAH GANGSA DI PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM PERTANDINGAN TANDAS AWAM BERSIH 1 MALAYSIA 2015 BAGI KATEGORI TANDAS HENTIAN AWAM




Wednesday, 30 September 2015

Aktiviti turun padang

Tuan setiausaha MDL turun padang bersama dengan pegawai dan kakitangan MDL bagi melihat sendiri perkembangan kerja-kerja di bawah penyelian MDL. Setiausaha juga meninjau lokasi-lokasi  aduan pelanggan yang di terima.  Salah satu lokasi adalah tebing runtuh Mieco di Padang Tengku






Tuesday, 3 February 2015

Program Agihan Sumbangan Banjir anjuran KESUKMA


Program Agihan Sumbangan Banjir anjuran KESUKMA

 Pada 27hb Januari 2015 yang lalu, telah diadakan satu program agihan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Lipis. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Lipis(KESUKMA). YB. Dato' Mustapa Bin Long, DIMP. Dun Padang Tengku telah turun bersama-sama untuk mengagihkan sendiri bekalan bantuan tersebut kepada masyarakat setempat. Sumbangan ini berbentuk barangan keperluan harian telah di sumbangkan oleh KESUKMA . Antara-antara cabang yang terlibat adalah Kg.Seberang Jelai,Kg Dusun, Kg Tanjung Jambu, kg.Tempoyang, PPKB Pahang Club, Kg Lalang dan Kg Penjom.Berikut adalah foto yang sempat dirakamkan pada hari tersebut.















Tuesday, 20 January 2015

 Majlis Penyampaian Bantuan Sewa Rumah ini adalah di bawah Program Pembasmian Kemaskinan Bandar (PPKB) Tahun 2014(Kuota Ahli Parlimen) Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini telah berlangsung pada 19 Januari 2014 (Isnin) jam 3.00 Petang di bilik Mesyuarat MDL. Penyampaian ini di sempurnakan oleh YB. Dato Haji Abdul Rahman Bin Mohamad DIMP.,SMP.,AMP Ahli Parlimen Lipis.








Seramai 6 orang penerima mendapat kadar sebulan sebanyak ringgit malaysia RM 124.00 dan jumlah bantuan untuk setahun ringgit malaysia RM 1,488.00 setiap seorang.